Cara Menghilangkan Eyebag dengan berkesan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Adakah anda mengalami insiden terlampau penat bekerja di siang hari, tak cukup tidur dan keesokkanya mata anda jadi bengkak dan terdapat lebam di bawah mata.





 oh, tidakkk!!!!


Simptom ini sebenarnya menunjukkan yang mata anda penat atau letih. Bengkak mata juga boleh terjadi jika anda menangis dalam jangka waktu yang lama.


Kulit di sekeliling mata kita amat nipis, sensitif dan menngandungi banyak saluran darah.


Tekanan emosi, kurang tidur, penuaan, pengumpulan lemak di bawah mata memberi kesan kepada kulit di sekeliling mata dan menyebabkan cecair berkumpul di situ mengakibatkan terjadinya eye bag. 


Terdapat beberapa cara semulajadi untuk merawat masalah eyebag atau mata bengkak menggunakan bahan-bahan di rumah sahaja.



1.Teh uncang yang disejukkan





Teh uncang merupakan pilihan terbaik jika anda tidak mahu rakan pejabat nampak kesan eyebag pada mata anda. Caranya, letakkan uncang teh dalam air panas selama 1 minit, dan sejukkan dalam peti ais selama bebarapa ketika. Baring dan letak uncang teh dia atas kedua-dua belah mata. Biarkan selama 20-30 minit. Basuh mata anda selepas 30 minit dengan air sejuk. Boleh gunakan teh hijau atau black tea yang biasa didapati untuk tujuan ini. Kafein yang hadir dalam teh memgecutkan saluran darah di sekeliling mata dan mengurangkan bengkak mata anda.


2. Timun



Timun merupakan cara paling efektif untuk rawatan bengkak bawah mata. Kesan sejuk pada timun akan melegakan mata dan sifat anti radang akan mengurangkan keradangan pada kulit.


Ambil 2 hirisan timun yang disejukkan dan letak di atas mata. Tunggu selama 25 minit. Ini akan melegakan dan menyegarkan mata sekaligus mengurangkan bengkak mata.


Selain daripada 2 cara di atas, anda boleh menggunakan ubi kentang, minyak badam, susu, Vitamin E, putih telur dan sudu yang disejukkan



boleh juga gunakan eye treatment youth shaklee.

Nk dapatkan youth treatment? 

Comments

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Berikhtiar mendapat anak dengan Set Kesuburan Shaklee