Posts

Showing posts with the label minyak sawit sumber karoten.

Karoten kaya Vitamin A, Khasiat tersembunyi

Credit to :  http://anizyn.blogspot.com/2008/08/karoten-khasiat-terselindung-kaya.html Karoten dan sterol tumbuhan memberikan khasiat yang terselindung di dalam pemakanan serta meningkatkan kesihatan tubuh badan.  Karoten ialah molekul pro-vitamin A larut lemak yang khasiatnya sudah lama dikaitkan dengan tubuh badan yang sihat.  Pakar pemakanan mengesyorkan supaya kita memakan makanan yang seimbang dan melebihkan kepada buah dan sayuran. Wujudnya karoten dan phytonutrient di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dapat dikenal pasti dari warna-warna buah-buahan dan sayur-sayuran itu sendiri.  Tumbuh-tumbuhan sebenarnya menyumbangkan lebih 500 jenis karoten yang kebanyakannya terkandung di dalam protoplasma buah-buahan dan sayur-sayuran itu sendiri.  Walaupun memakan sayuran hijau dan buah-buahan dapat membekalkan karoten yang cukup, kajian mendapati bahawa bioavailability sumber karoten adalah terhad. Ini adalah kerana enzim yang ada dalam sistem pencerna...