Posts

Showing posts with the label basic H

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog. Semoga Syawal kali ini menzahirkan insan yang lebih baik dari sebelumnya hasil tuaian bulan Ramadhan. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi cara merawat chicken pox / cacar air pada bayi secara semulajadi. Chicken Pox merupakan infeksi virus varicella-zoster yang menyebabkan kegatalan pada tompok-tompok merah berair pada seluruh badan. Ia juga menyebabkan simptom seakan flu atau selsema. Penyakit ini biasanya menyerang kanak kanak di bawah 12 tahun. Selain itu, wanita hamil dan mereka yang lemah sistem imun berisiko tinggi untuk dijangkiti chicken pox. Kanaka kanak yang sihat mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan dan boleh sembuh di rumah sahaja. Namun, bawalah bayi anda berjumpa doktor untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih teruk. TANDA TANDA CHICKEN POX PADA BAYI: 1. Demam dengan suhu badan 38.3 hingga 38.8 darjah celcius. Ia ...