Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog. Semoga Syawal kali ini menzahirkan insan yang lebih baik dari sebelumnya hasil tuaian bulan Ramadhan. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi cara merawat chicken pox / cacar air pada bayi secara semulajadi.

Chicken Pox merupakan infeksi virus varicella-zoster yang menyebabkan kegatalan pada tompok-tompok merah berair pada seluruh badan. Ia juga menyebabkan simptom seakan flu atau selsema.





Penyakit ini biasanya menyerang kanak kanak di bawah 12 tahun. Selain itu, wanita hamil dan mereka yang lemah sistem imun berisiko tinggi untuk dijangkiti chicken pox.

Kanaka kanak yang sihat mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan dan boleh sembuh di rumah sahaja. Namun, bawalah bayi anda berjumpa doktor untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih teruk.


TANDA TANDA CHICKEN POX PADA BAYI:

1. Demam dengan suhu badan 38.3 hingga 38.8 darjah celcius. Ia boleh berlanjutan selama beberapa hari.

2. Ruam merah mula muncul di belakang badan dan muka, kemudian merebak pada seluruh badan.

3. Ruam bermula seperti benjolan merah kerana gigitan nyamuk atau jerawat. Ia akan berlanjutan selama 2 - 4 hari, kemudian berkembang menjadi lepuh berdinding nipis mengandungi cairan jernih.Setelah itu ia akan pecah, meninggalkan kerak coklat membentuk keruping.

4. Semua peringkat ruam chicken pox (ruam merah, lepuh, dan keruping) boleh terjadi pada masa yang sama.

5. Bayi yang mempunyai sistem imun yang lemah atau mempunyai penyakit ekzema boleh mendapat ruam chicken pox yang lebih teruk berbanding bayi yang sihat.


ADAKAH CHICKEN POX BERJANGKIT

Chicken pox boleh berjangkit melalui udara (bersin atau batuk) dan sentuhan terus dengan mukus, air liur atau cecair daripada lepuh.

Jika boleh, bayi tidak diberi pendedahan kepada persekitaran luar. Bayi anda memang wajib dikuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat.

CARA RAWATAN CHICKEN POX PADA BAYI

Chicken Pox  akan baik dengan sendirinya. Namun begitu, ibu-ibu boleh mengurangkan simptom pada bayi dengan beberapa rawatan di rumah.

1. Untuk mengurangkan kegatalan, ibu ibu boleh mencuba beberapa petua di bawah :

a) Pes kacang peas
Caranya :-
-rebus 200gm kacang peas.
- keringkan airnya,
- buat pes,
- sapu pada kawasan yang gatal.
- ulang setelah satu jam.



b) Baking soda (serbuk penaik)

Baking soda merupakan cara popular untuk melegakan gatal-gatal apabila mengalami chicken pox. Menyapu baking soda pada kulit boleh mengelakkn lepuh dan ruam menjadi semakin teruk.

Caranya :-

- ambil semangkuk air,
- masukkan 3 sudu teh baking soda (serbuk penaik),
- gaul rata,
- gunakan span untuk sapuan pada bayi.
-  Pastikan serbuk soda mengering pada kulit.




c) krim herbal bland.


Krim bebas paraben yang sesuai untuk bayi, boleh disapu pada ruam chicken pox.  Ia adalah krim serbaguna untuk melembap, menyejuk dan melegakan kulit yang kering dan gatal.

d) Daun semambu dan bedak sejuk

Ini merupakan petua tradisi orang melayu untuk mengurangkan gatal-gatal pada ruam chicken pox. Caranya,

-ramas daun semambu dalam air,
-kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan
-sapu pada kulit bayi anda.

Ibu-ibu boleh menonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih jelas caranya.


e) Mandian oatmeal

Oatmeal yang dijadikan sebagai bahan rendaman dalam air mandian boleh membantu melegakan kegatalan akibat daripada ruam dan lepuh.

Caranya :-

-Kisar 2 cawan oatmeal dalam blender sehingga menjadi serbuk halus.
-Isi air suam dalam tab mandi bayi
-rendam bayi dalam campuran ini.
-Ia akan meninggalkan keping-keping oatmeal pada kulit dan rambut anda tetapi akan melegakan bayi dari kegatalan.




2. Beri anak minum susu lebih kerap. Jika bayi sudah mula makan makanan pejal, beri minum air putih juga.

3. Pastikan kuku bayi pendek jika dia kerap menggaru supaya tidak terkena infeksi dan mengurangkan risiko parut.

4. Pakaikan baju kain cotton yang longgar pada bayi supaya bayi tidak panas dan dapat mengurangkan kegatalan.

5. Pakaikan sarung kaki dan sarung tangan pada bayi anda untuk mengelakkan dia menggaru pada ruam chicken pox.

6. Anda juga boleh memberi sup lobak merah + daun ketumbar pada bayi anda jika dia sudah makan makanan pejal. Caranya, ambil 100gm lobak merah yang dicincang beserta 60gm daun ketumbar segar, rebus dalam 500ml air hingga air tinggal separuh, berikan pada bayi anda sehari sekali.



7. Minum air kelapa. Ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chicken pox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.

8. Memberi nutriferon kepada bayi yang sudah boleh makan solid. Ia mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari, mampu merangsang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh mikrob dan virus.



9. Vitamin C  meningkatkan sistem imun dengan membina sel darah merah, membantu sel darah putih menentang bakteria dan virus serta mengukuhkan sistem imunisasi badan.

****bagi bayi di bawah 1 tahun, ibu-ibu yang menyusu boleh mengambil supplemen nutriferon dan vitamin C.

10. Basic H shaklee . Anda boleh mandikan bayi anda dengan mandian Basic H dan mencuci pakaian bayi semasa jangkitan chicken pox.


11. Bagi ibu ibu muslim, doa adalah senjata paling ampuh dan  mujarab apabila menghadapi musibah. Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Yang Maha Kuasa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.

Antara doa yang boleh diamalkan oleh ibu ibu ialah  Surah Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan Surah Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula  "Lau an zalna"). Semoga Allah memakbulkan doa ibu ibu untuk kesembuhan penyakit bayi anda.


Semoga tips untuk penjagaan bayi semasa chicken pox ini dapat membantu ibu-ibu menjaga bayi yang diserang chicken pox dengan lebih mudah. Selamat mencuba!


Ibu Marhein Hati Cekal

Sakinahmk (SID 1266272)
FB: Sakinah MK
Page: Shaklee Bandar Baru BANGI
Contact: 011-59509703
tekan link di bawah 
Email: sakinahmk@gmail.com
COD: Bandar Baru Bangi dan sekitar.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Berikhtiar mendapat anak dengan Set Kesuburan Shaklee