Drug (ubat) VS Dietary Supplement (makanan tambahan) Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita dijauhkan daripada sifat nifaq yang amat dibenci agama.




Apabila berkata mengenai makanan tambahan atau dietary supplement, iklan iklan mengenainya semakin mendapat tempat dan ramai pengguna yang telah terpengaruh untuk menggunakan produk tersebut. Banyak syarikat yang mendakwa dengan pelbagai dakwaan, ianya perlu dibuktikan, yang mana kita sebagai consumer atau pengguna bijak perlu berhati hati membuat pilihan supaya sebarang produk yang diambil membawa kesan yang baik kepada badan dan tidak membawa mudarat. 






Apakah yang dimaksudkan dengan makanan tambahan?




According to FDA, a dietary supplement is a product intended for ingestion that contains a "dietary ingredient" intended to add further nutritional value to (supplement) the diet. A "dietary ingredient" may be one, or any combination, of the following substances:
  • a vitamin
  • a mineral
  • an herb or other botanical
  • an amino acid
  • a dietary substance for use by people to supplement the diet by increasing the total dietary intake
  • a concentrate, metabolite, constituent, or extract
Dietary supplements may be found in many forms such as tablets, capsules, softgels, gelcaps, liquids, or powders. Some dietary supplements can help ensure that you get an adequate dietary intake of essential nutrients; others may help you reduce your risk of disease.



Sumber : FDA










Food & Drug Administration (FDA) adalah sebuah badan yang bertanggungjawab utk melindungi kesihatan umum dengan mengawal dan mengeluarkan peraturan terhadap sebarang produk dari kategori makanan kesihatan, vaksin, vitamin, ubat-ubatan dan sebagainya.


FDA menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar pengeluar ubatan, produk farmasi dan kesihatan. Contohnya produk farmasuetikal perlu menjalani ujian klinikal sebelum digunapakai oleh orang ramai.


Dalam bidang nutrisi (suplemen vitamin) pula, FDA menjaga beberapa aspek seperti ‘claim’ dan label.Tidak seprti produk farmasuetikal (ubat dari unsur drug), FDA tidak mengawal kesan vitamin tersebut ke atas kesihatan, sebaliknya mengawal ‘claim’ dan penggunaan label.

Persoalannya, apakah perbezaan & persamaan ubat (DRUG) dan makanan tambahan (Dietary supplement :


UBAT
MAKANAN TAMBAHAN (FOOD SUPPLEMENT)
1.     Ubat adalah bahanyang bukan sebahagian dari sel badan  kita, tetapi berinteraksi dengan sel .Diperlukan apabila badan perlu kepada suppressor tertentu.Mengandungi bahan-bahan  yang penting kepada badan. Kekurangannya menyebabkan badan tidak sihat dan lemah akibat pengambilan diet yang tidak seimbang.
2.     Ubat ialah ejen-ejen  kimia yang bertindak pantas yang mampu mengubah fungsi-fungsi badan dengan mengubah tindakan biokimia dan proses-proses enzim.Bahan-bahan di dalammya  bertindak membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim. Kesan nya adalah lebih perlahan, mungkin mengambil masa berbulan untuk menampakkan kesan.
3.     Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan (side effect), kesannya kekal dan biasanya dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang.Boleh juga menimbulkan kesan sampingan. Terkenal dengan krisis pemulihan (healing crisis) yang bersifat sementara.  
4.     Pada kebiasaannya, ubat berkesan atau effective apabila diambil  secara berasingan. Contohnya, drug risperdal yang digunakan untuk rawatan penyakit skizofrenia perlu diambil bersama benhexol untuk mengurangkan kesan sampingan menggeletar.Bertindak lebih baik antara satu sama lain, ibarat rantai.  Contohnya, pengambilan multivitamin yang mengandungi zat besi bagus jika bergabung dengan Vitamin C kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Walaubagaimanapun, terdapat keadaan di mana 2 supplemen tidak boleh diambil serentak.
5.     Ubat diambil sebelum dan selepas makan.Makanan tambahan diambil sebelum, selepas dan bersama makanan.
6.     Ubat JIKA overdose, ia boleh membawa kesan fatal.  Jika diambil pada jangka masa yang panjang, contohnya, ubat yang perlu diambil sepanjang hayat, terdapat beberapa kesan. Terutama pada buah pinggang. Pesakit akan dipantau dengan mengambil ujian darah pada kala masa yang tertentu.Ia perlu dipantau terutama apabila diambil oleh kanak kanak dan warga emas. Kajian mengenai overdose belum menyeluruh. Pengambilan mega (dengan banyak) boleh membantu masalah seperti kanser tetapi memerlukan kesabaran & konsistensi pada pengamalnya.
7.     Secara umum, ubat  tidak menghasilkan kesan yang sama  pada setiap orang.  Orang yang telah resistant terhadap ubat, lain kesannya dengan yang belum pernah menerima ubat tersebut.Tidak menghasilkan tindakbalas yang sama kepada seseorang. Bergantung kepada faktor umur, jantina dll. 
8.     Ubat bertindak cepat. Seseorang boleh menerima kesannya dlm beberapa minit atau jam sahaja. Ia mungkin perlu dalam keadaan cemas seperti semasa pembedahan, atau perlu untuk memberi kesan tidur supaya kesakitan melampau tidak dirasai.Bertindak secara beransur-ansur dalam jangkamasa yang panjang. Kebiasaannyamengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan. 
9.     Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit. Ianya menutup (suppress) kesakitan. Contohnya, pengambilan ubat diabetik bertujuan mengawal paras gula, jika berhenti, paras gula akan tinggi semula.Bertindak terhadap punca (source) penyakit, dan membantu memulihkan simptom penyakit. Perlu mendapat bantuan pakar jika terkena apa apa penyakit.
10.           Ubat perlu diberi pengawasan yg teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yg merbahaya ke arah tindakan sampingan.Tidak memerlukan pengawasan yg rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. 
11.           Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yg serius jika dibandingkan dengan orang muda.Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan bahan berkhasiat oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yg lemah.
12.        Ubat yang diambil untuk merawat suatu penyakit, boleh pula menghasilkan penyakit yang lain, disebabkan oleh kesan sampingannya (side effect).



13.       Ubat terdiri daripada OCD (over counter drug) yang boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi pakar. Pada kebiasaannya lebih banyak ubat yang perlu mendapat preskripsi pakar.
Sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit-penyakit dengan menguatkan sel-sel daripada serangan patogen (kuman), serta melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) di dalam badan.


Boleh didapati daripada ejen ejen atau wakil jualan supplemen makanan tambahan tanpa preskripsi pakar. Pastikan anda berjumpa pakar jika terdapat simptom penyakit terutama penyakit 3 serangkai (diabetes, sakit jantung, darah tinggi) selain apa jua jenis yang dikategorikan sebagai penyakit, sebelum mengambil apa jua supplemen tambahan.
*Bacaan, dan perbincangan dengan beberapa pakar bidang masing masing bersama penulis.




"Secara peribadi penulis berpendapat, Drug dan Dietary supplement masing masing fungsi fungsi tertentu, tanpa pengabaian mana mana pihak, dan boleh dinilai dengan baik. Bantuan pakar seperti doktor, ahli pemakanan (nutritionist) dan Dietician perlu diambil kira semasa mengambil Ubat atau Supplemen."





Keunikan Shaklee sebagai syarikat pengeluar makanan tambahan ialah kerana ia mengikuti peraturan FDA walaupun peraturan itu tidak perlu dibuat oleh produk produk suplemen makanan tambahan.




Sebagai contoh :


[1]  Ujian Klinikal -

 Makanan tambahan TIDAK PERLU menjalani ujian klinikal, tetapi ia dilaksanakan oleh Shaklee.


[2]  Label – 

Shaklee mematuhi label FDA dengan tidak menyatakan bahan asas sebagai bahan utama. Sebagai contoh, penggunaan minyak kelapa di dalam Syampu Prosante ditulis sebagai  ‘Sodium Laurel Sulfoacetate’ (bukan sodium lauryl sulphate ) kerana ia bukannya bahan utama. Bahan utama seperti Panax Ginseng ditulis sebagai Panax Ginseng.

[3] Claim (Dakwaan) – 

Shaklee menyatakan bahawa produknya “tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat penyakit” kerana larangan FDA untuk mana mana produk menggunakannya.

Beberapa produk ditulis “produk ini tidak sesuai digunakan oleh ibu hamil @ menyusu dan kanak-kanak″ atau “jika anda mengandung atau menyusu, sila rujuk kepada doktor anda”

Ini tidak bermaksud pengguna di atas tidak boleh digunakan oleh mereka, tetapi disebabkan ujian klinikal Shaklee tidak dijalankan keatas mereka, maka ditulis sedemikian sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh FDA.



Oleh kerana bidang kami ialah makanan tambahan, kami ingin menyatakan kenapa Shaklee yang menjadi pilihan sebagai makanan tambahan.

  • Ia merupakan makanan tambahan natural, bukan tiruan (sintetik).
  • Kadar penyerapan (bioavailiti) yang tinggi dalam setiap produknya. 
  • Tiada pewarna, perasa dan pengawet tiruan.
  • Produknya adalah berasaskan penyelidikan yang memakan masa bertahun tahun, malahan ada yang mencapai puluhan tahun (sebagai contoh, nutriferon yang mengambil masa kajian 40 tahun sebelum dibangunkan (developed).
  • Belanjawan R& D mencecah hampir 300USD.
  • Memiliki pusat penyelidikan sendiri.
  • Penilaian semula oleh saintis dan penyelidik bebas yang tiada kepentingan (interest) di institusi berprestij.
  • Lebih 100 kertas kajian saintifik dengan 90 daripadanya diterbitkan dalam najalah, yang membuktikan keberkesanan produk.
  • Ujian klinikal atas semua produk, tiada ujian ke atas haiwan.
Clinical study or clinical trial ia a scientific study of how a new medicine or treatment works in people. 
  • Piawaian kawalan kualiti yang ketat.
  • Latarbelakang syarikat yang sudah wujud lebih setengah abad. Dan dipelopori oleh perintis dan pemimpin makanan tambahan sejak 1915.
Bacaan lanjut boleh diteruskan dengan mengenali falsafah Shaklee yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa semulajadi.

Jadi, jika anda juga ingat turut serta bersama sama kami dalam Shaklee, bagi memperoleh manfaat dan kesan pada diri sendiridan keluarga anda, bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Hubungi saya untuk sebarang kemusykilan dan perbincangan :


sms/whatsapp : 019-5575904
FB : Sakinah Mohd Khialdin
Page : Mums Health Store Bertam.
email : sakinahmk@gmail.com /ibuhumaira.safiya@gmail.com


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Cod Liver Oil Vs Fish Oil ? Mana satu menjadi pilihan?