Wajah cantik berseri dengan Vitamin B, C dan E.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga kita diberi kekuatan oleh Allh SWT untuk mengharungi kehidupan pada hari ini yang serba mencabar. Ya, Wahhab, Ya Razzaq, Ya Fattah, Wahai yang Maha Pemberi, kurniakan rezeki yang berkat kepada semua yang mencari rezeki kerana-MU.

Kecantikan wajah yang sempurna dan berseri sebenarnya bermula dari dalam. Tak guna bermekap tebal, kerana itu semua plastic semata. Mulakan dengan berwudhu’, sentiasa menjaga solat fardhu dan menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. Pasti wajah akan tenang, sejuk, bercahaya dan berseri seri, sekalipun berperawakan sedikit gelap.

Pemakanan juga memainkan peranan untuk menaikkan seri wajah. Makanan yang mengandungi banyak vitamin C, vitamn B dan vitamin E membuatkan kulit berseri, tidak kusam dan cantik berseri. Kiranya, untuk bakal pengantin, bagus amalkan diet yang mengandungi nutrient nutrient ini. 



Apa makanan harian rakyat Malaysia yang mengandungi kandungan vitamin C, vitamin B dan vitamin E? Antaranya seperti di bawah :

 
SUMBER VITAMIN C


 
SUMBER VITAMIN B

SUMBER VITAMIN E TERBAIK


Tetapi, cukup ke dengan keperluan harian kita? Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Sumber vitamin C dan E yang diperoleh dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti-penuaan. Dengan pencemaran sumber bermula dari tanah, cara penanaman, cara pemprosesan makanan, khasiat nya sudah tentu sedikit sebanyak akan hilang.
Sebab itu, anda tak perlu risau lagi. Bakal pengantin, isteri isteri, pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin kulit flawless tapi nak yang budget, di Shaklee, kami ada jawapannya.

Secara amnya, keadaan persekitaran adalah penyebab utama kepada kerosakan kulit selain daripada faktor umur, pemakanan, dan juga alahan sehingga menyebabkan kulit mempunyai pelbagai masalah seperti jerawat, kulit kusam dan kering, pigmentasi dan banyak lagi. 

Set D Shaklee ini mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Jom kita baca apa peranan utama vitamin-vitamin ini.


Vitamin C
  •  Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
  •  Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).
  • Telah berabad lamanya semenjak para pelayar dari Britain menemui bahan yang mengelakkan penyakit skurvi, iaitu vitamin C.
  •  Vitamin C memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kulit.
  •   Ada satu kisah yang diceritakan, seorang posmen menghantar supplemen vitamin C pada seorang wanita, dan menulis nota di atas kotak tersebut. “patutlah kulit cantik, makan vitamin C”.
  •  Para pelayar Britain yang tidak mempunyai sumber buah buahan dan sayur sayuran semasa misi pelayaran mereka menderita dengan pendarahan di bawah kulit, ulcer dan lemah sendi. Ini terjadi kerana vitamin C, juga dikenali dengan nama asid askorbik, merupakan kunci kepada pembentukan kolagen, iaitu sejenis protein yang membantu pertumbuhan sel dan salur darah selain menjadikan kulit tegang dan kuat.
  •    Vitamin C juga membantu pembentukan tisu dan ligament yang rosak, dan sangat membantu kulit untuk memperbaiki diri.
  • Kajian menunjukkan yang vitamic juga boleh mengurangkan 'sunburn' yang disebabkan oleh pancaran radiasi ultraviolet berlebihan dan ia juga mampu mencegah kesan jangka panjang terdedah kepada matahari, yang boleh membawa kepada kanser kulit. Ini tidak bermakna anda boleh makan vitamin C atau sapu vitamin C pada kulit, kemudian berjemur di bawah matahari, tetapi vitamin ini membantu mendapatkan kulit yang sihat dengan memastikan kita mendapatkan vitamin antioksidan ini dengan cukup.

       
          Vitamin E
  •  Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  •  Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel.
  • Membantu memudarkan parut
  • Umum mengetahui yang vitamin E bagus untuk kulit, tetapi tidak ramai yang boleh memberitahu anda apa sebenarnya yang dilakukan oleh nutrient ini. Vitamin E merupakan antioksidan yang memelihara dan memperbaiki kulit.
  • Antioksidan merupakan agen yang meneutralkan kesan pengoksidaan oleh radikal bebas, Ia merupakan molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis halus dan kedut.
  • Satu pelajaran ringkas dalam kimia boleh menerangkan bagaimana vitamin E berfungsi. The atoms that comprise your body try to maintain an even number of electrons -- that's what makes them stable. If an atom has an uneven number of electrons, it will steal an electron from another atom to become stable. When your skin takes a beating from outside factors, such as the sun's ultraviolet rays, your body can produce free radicals. Free radicals are atoms with an uneven number of electrons, and when they form inside your body, they steal electrons from healthy cells like the ones that make up your skin. This can cause a damaging chain reaction, and that's where antioxidants like vitamin E come in [source: Rice].
  • Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menghalang kerosakan sel daripada berlaku. Vitamin E merupakan diantara antioksidan yang hebat, dan harganya mampu milik. 
  • Badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin E, bermaksud anda perlu mendapatkannya daripada diet anda.
  • Makan makanan yang tinggi Vitamin E atau mengambil supplemen vitamin E boleh mencegah penuaan pra-matang kulit dan mencegah kerosakan DNA.
  • Kajian telah menunjukkan bahawa mengambil vitamin E dalam jangkamasa yang panjang boleh mengurangkan 'surn burn' akibat sinaran UVB. Ini tidak bermaksud pengambilan vitamin atau menyapu vitamin E pada kulit boleh mengelakkan kulit terbakar di bawah sinar matahari, tetapi ia dapat membantu kulit untuk kekal sihat dengan memastikan anda dapat vitamin antioksida ini dengan cukup.

. B Complex

  • membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
  • membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
  • Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku
  • B kompleks membantu tona kulit yang bercahaya. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kulit kusam dan tidak sihat dan boleh terjadi jerawat pada muka. Setiap vitamin yang menjadikan B kompleks ini memainkan peranan yang sangat penting untuk penjagaan kulit. Kajian telah menunjukkan banyak sebab untuk memasukkan b kompleks dalam diet yang sihat dan mungkin mempunyai manfaat jika memggunakan produk penjagaan kulit yang ada B kompleks ini.





hubungi saya : tekan link ( www.wasap.my/601159509703/vitamincantik )

Comments

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Cod Liver Oil Vs Fish Oil ? Mana satu menjadi pilihan?