Cod Liver Oil Vs Fish Oil ? Mana satu menjadi pilihan?

Pada zaman dahulu, minyak hati ikan Cod (Cod Liver Oil) sering disimpan dalam peti ais untuk kegunaan harian untuk merawat pelbagai penyakit seperti kekejangan dan sakit sendi. Zaman moden ini, biasanya, anda akan berjumpa dengan botol minyak ikan berbanding minyak hati ikan Cod. Yang mana yang lebih bermanfaat antara hati minyak ikan Vs minyak ikan?





Minyak hati ikan Cod vs. minyak ikan : Vitamin D

Ini mungkin kelebihan paling penting hati minyak ikan berbanding minyak ikan. Hati ikan kod adalah sumber yang kaya dengan vitamin D. Malahan, dos yang disyorkan oleh minyak hati ikan Cod menyediakan hampir 1000mg vitamin D, yakni jumlah yang disyorkan oleh beberapa pakar kesihatan. Menurut satu artikel yang diterbitkan oleh Jurnal Lembaga Amalan Keluarga Amerika, dalam satu kajian, 42% remaja didapati kekurangan Vitamin D dan ramai orang dewasa di Amerika mengalami kekurangan vitamin penting ini.

Vitamin D memainkan peranan yang penting dalam fungsi tubuh termasuklah fungsi imun sistem, kesihatan tulang, sistem saraf, dan boleh mencegah daripada beberapa jenis kanser. Kebanyakan makanan kebanyakannya kurang nutrient vitamin D kecuali yang diperkayakan dengannya. Sumber semulajadi terbaik adalah matahari, yang mana rakyat Malaysia bertuah kerana berada dalam iklim panas dan lembab sepanjang tahun. Minyak hati ikan Cod merupakan sumber yang sangat baik untuk vitamin D, kerana ia diambil daripada hati ikan. Minyak ikan didapati daripada keseluruhan daging ikan yang membuatkannya pada paras rendah bagi vitamin D.

Minyak hati ikan Cod vs. Minyak ikan : kandungan Omega 3

Pakar kesihatan mengesyorkan penggunaan minyak ikan disebabkan kepekatan omega-3 nya yang mengurangkan perubahan keradangan yang tidak sihat berlaku dalam badan selain ia juga menggalakan kesihatan jantung. Ia juga didapati melegakan simptom kemurungan dan menggalakkan fungsi otak yang optimum. Kedua dua minyak hati ikan dan minyak ikan merupakan sumber yang baik bagi omega-3. Terdapat isu bau hanyir minyak hati ikan yang perlu sentiasa disimpan dalam botol gelap di tempat yang sejuk dan gelap.

Minyak hati ikan cod vs. minyak ikan : kehadiran bahan pencemar

Dari perspektif ini, minyak ikan mempunyai kelebihan. Minyak hati ikan telah ditunjukkan mempunyai kandungan yang berpotensi bahaya seperti raksa, PCB's dan dioksin. Walaupun sesetengah jenama minyak ikan mempunyai kandungan bahan pencemar yang sama, kebanyakan jenama terkemuka mengandungi paras pencemaran yang rendah. Sekarang, tidak mustahil untuk mendapatkan minyak ikan bergred farmaseutikal yang bebas bahan pencemar. Jika anda mengambil berat tentang perkara ini, pilihan terbaik adalah mengambil minyak ikan bergred farmasutikal.

Minyak ikan Omega Guard yang tulen dan bergred farmaseutikal seperti yang disyorkan oleh pakar

Minyak hati ikan kod vs. minyak ikan : vitamin A

Minyak hati ikan kaya dengan vitamin A (ia merupakan vitamin larut lemak yang disimpan dalam badan dan boleh menjadi toksik pada doa yang tinggi. Terdapat kebimbangan yang kandungan vitamin A didalam sesetengah jenama minyak hati ikan yang terlalu tinggi. Walaupun ini tidak menjadi masalah jika dos yang disyorkan dipatuhi, minyak hati ikan jikan diambil dalam jumlah yang melebihi had boleh menyebabkan keracunan vitamin A.

Jika anda tinggal di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang miniam atau anda tidak terdedah kepada cahaya matahari setiap hari, mungkin anda boleh pertimbangkan mengambil minyak hati ikan, sekurang kurangnya semasa musim sejuk. Jika ya, pilih jenama yang paling rendah kandungan vitamin A. Jika anda memang terdedah kepada cahaya matahari seperti di Malaysia ini, minyak ikan bergred farmaseutikal merupakan pilihan yang lebih baik disebabkan ketiadaan bahan pencemar. 

Untuk bacaan lanjut mengenai minyak ikan , anda boleh ke artikel ini. Mengapa Omega guard shaklee yang menjadi pilihan?

Ingin mendapatkan minyak ikan anda dengan segera? Stok sentiasa tersedia. Hubungi saya, 
011-59509703 (wasap/ sms / call) sakinah. Saya sedia membantu anda. Saya boleh COD di sekitar Bangi. Terima kasih semua.



Comments

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Berikhtiar mendapat anak dengan Set Kesuburan Shaklee