Testimonial Vivix oleh Pakar dan Orang Awam

Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera. Semoga hari ini dilalui dengan penuh ketenangan dan ketabahan hati oleh kita semua. 

Sesungguhnya kesihatan merupakan sesuatu yang tidak ternilai dengan harta dan wang ringgit. Oleh itu, rebutlah peluang menjadi sihat. Supaya kita tergolong dalam salah satu golongan yang disebut oleh nabi SAW, rebutlah 5 sebelum 5, salah satunya, sihat sebelum sakit. Hanya dengan sihat kita dapat berbakti kepada masyarakat dengan sempurna, menunaikan ibadah dengan tenang dan menjalani kehidupan bersama yang tersayang dengan penuh makna dan memenuhi impian masing masing. Sebelum kita masing masing dijemput Allah mengadapNYA.

Untuk sihat, pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan. Antaranya, mengamalkan pemakanaan yang seimbang, minum air dengan kadar yang betul, kerap bersenam, mengamalkan gaya hidup sihat, tidak merokok dan mengambil supplemen yang boleh membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik. Keadaan pada hari ini yang penuh pencemaran, sumber makanan yang tidak sihat, dan kesibukan bekerja memerlukan kepada satu penyelesaian. 

Antara ikhtiarnya ialah pengambilan tonik kesihatan Vivix, yang telah mengalami pelbagai kajian dan ujikaji makmal sebelum dipasarkan kepada orang ramai. 

Dr Joseph Maroon, yang merupakan seorang profesor dan Heindl Scholar dalam bidang Neurosains di University of Pittsburg Medical Center memberi komen berikut dalam bukunya "The Longevity Factor" pada muka surat 193 :

" Terdapat bukti  yang semakin berkembang menunjukkan kombinasi resveratrol dan polifenol boleh memberi manfaat kesihatan. Ini kerana bahan bahan ini bersilanggabung dari sumber tumbuhan polifenol yang berlainan. Syarikat Shaklee  baru baru ini mengeluarkan produk Vivix, yang digelar tonik anti penuaan sel.  Ia adalah gabungan pelbagai sumber polifenol. Dalam perbualan dengan Syarikat ini, mereka menyatakan gabungan ini terdiri daripada 100mg dari 98% resveratrol tulen dari sumber Polygonum cuspidatum dan anggur muscadine. Shaklee mencadangkan pengambilan 5ml sehari. Polifenol daripada anggur muscadine bersama resveratrol, ekstrak european elderberry dan ekstrak purple carrot menambahkan lagi jumlah polifenol dalam produk ini. Keperluan sebulan bagi seorang ahli berdaftar shaklee ialah $85.00. Dalam literature Shaklee berkenaan Vivix, mereka menyatakan yang kandungan produk ini telah terbukti dalam makmal 10 kali lebih baik daripada mengambil resveratrol sahaja untuk melambatkan mekanisme penuaan. "
 Seterusnya pada muka surat 70, penulis menyatakan kelebihan anggur muscadine berbanding anggur eropah yang lain. 

" Anggur muscadine merupakan tumbuhan asal  Amerika utara, dan berkemungkinan satu satunya buah yang berasal dari USA. Ia tumbuh hanya di tenggara US. Ia boleh hidup dalam apa jua keadaan sukar, berkemungkinan kerana kulitnya yang lebih tebal dan kasar berbanding anggur eropah. Anggur muscadine mempunyai kromosom ekstra (20 berbanding 19 yang dipunyai oleh anggur lain). Gen tambahan ini membolehkan anggur muscadine menghasilkan bahan fitokimia yang unik, iaitu asid ellagic. Bahan polifenol asid ellagic ini tidak hadir dalam anggur lain. Anggur muscadine menggunakan asid ellagic untuk menghasillan tanin yang dipanggil ellagotanin, yang digunakan sebagai bahan antimikrob. Asid ellagic juga merupakan antioksida yang sangat baik dan mengandungi bahan antikanser. Bahan polifenol dalam kulit anggur ini telah menunjukkan kesan positif kepada penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, sindrom metabolik dan konsidi radang lain. Faktor menarik mengenai produk muscadine ialah kebolehannya untuk merencat pembentukan protein AGE."
 Seterusnya, Dr Maroon menyatakan :

" Baru baru ini, sebuah syarikat nutrisi dan jualan langsung, Shaklee Corporation, telah bekerjasama dengan saintis di Universiti Georgia dalam menghasilkan satu produk yang diekstrak daripada pomace anggur muscadine (Pomace ialah kulit, biji, pulpa dan batang buah yang tinggal selepas jus buah diambil). Secara spesifik, mereka bekerjasama dengan penanam anggur muscadine untuk mendapatkan anggur yang kaya dengan polifenol (termasuk asid ellagic dan resveratrol). Dengan memilih anggur muscadine dan menggunakan proses ekstrak keseluruhan buah anggur, mereka membuat laporan bahawa ekstrak yang terhasil mempunyai kepekatan polifenol yang lebih tinggi berbanding yang terdapat dalam kulit anggur semata-mata."
Berdasarkan kenyataan Dr Maroon, terdapat beberapa kegunaan Vivix yang telah terbukti didalam dalam kajian, antaranya, 


  1. tonik anti penuaan sel
  2. penyakit jantung
  3. kolesterol tinggi
  4. diabetes
  5. sindrom metabolik
  6. kondisi radang

Testimonial orang awam tentang Vivix juga banyak yang boleh dikongsikan. Antaranya, 




Mereka telah berikhtiar dan berjaya. Anda juga boleh berikhtiar dan insyaAllah, jika dizinkan yang Maha Berkuasa, anda juga boleh berjaya. Untuk keterangan lanjut mengenai Vivix, boleh hubungi saya. Saya sedia membantu. 

Sakinah mohd khialdin
Whatsapp /call : 011-59509703



Comments

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Cod Liver Oil Vs Fish Oil ? Mana satu menjadi pilihan?