Promosi: CoQHealth Plus Shaklee yang banyak manfaat
Assalamulaikum. Hari tu dah buat entry pasal CoQ10, malam ni rasa macam nak menambah dengan lebih mendalam.
CoQHealth Plus Shaklee terdiri daripada campuran 28mg CoQ10, Vitamin E dan ekstrak teh hijau. Mlm ni saya nak kongsi mengenai CoQ10 sahaja.
Pada tahun 1957, para penyelidik telah menemui sesuatu dalam jantung lembu yang menjadi asas untuk membuat tenaga dalam sel hidup. Apabila dianalisa, didapati ia adalah Quinone (suatu kumpulan bahan yang terdapat dalam semua sel hidup haiwan dan tumbuhan yang menggunakan oksigen). Pada awalnya bahan tersebut dipanggil ubiquinone. (ubi- bermaksud dimana mana).
Struktur asas quinone agak berbeza diantara benda benda hidup. Dalam badan manusia, quinone terdiri daripada 10 unit di rantai sisi molekul molekul. Pada tahun 1960-an, para penyelidik mendapati yang ubiquinone dalam badan manusia merupakan coenzyme yang sangat penting, maka ia mula di panggil Co enzyme Q 10, atau ringkasnya CoQ10. Haa, itulah mulanya sejarah CoQ 10 ye...
CoQ10 (ubiquinone) merupakan coenzyme (bahan yang terdiri daripada ekor yang melekat pada suatu struktur enzyme yang kompleks. Tanpa coenzyme, tindakbalas enzime dalam sel tidak dapat berlaku.
CoQ10 bekerja di dalam mitokondria sel. Ia bertindak membekalkan tenaga untuk badan berfungsi.
Dalam satu proses yang rumit, CoQ10 bertindak dengan membawa partikel kecil bercas elektrik di dalam mitokondria di antara 3 enzyme penting yang diperlukan untuk menjana tenaga. Tanpa CoQ10, seluruh proses tak dapat dilakukan. Subhanallah, betapa besarnya keagungan Allah, bahan yang sekecil CoQ10 pun memainkan peranan yang sangat besar dalam tubuh manusia.
Bermula pada tahun 1970-an, negara Jepun telah menjadikan CoQ10 sebagai kajian dan penyelidikan mereka. Ia telah diterima sebagai rawatan untuk kegagalan jantung pada tahun 1974.
Pada hari ini, CoQ 10 merupakan suplemen yang kelima paling banyak di preskripsi di Jepun. Selain itu, Itali, Sweden, Denmark dan Kanada juga antara negara yang banyak mempreskripsi CoQ 10. Di Amerika Syarikat, ia tidak dianggap sebagai ubat kerana tiada kompeni ubat yangmenghasilkannya. Sebaliknya ia lebih dikenali sebagai suplemen.
CoQ 10 Untuk Jantung
CoQ 10 sangat membantu dalam beberapa jenis masalah berkaitan jantung. Dalam beberapa siri kajian, didapati CoQ 10 sangat membantu pesakit yang mengalami kegagalan jantung. Dalam tubuh manusia, jantung mempunyai bilangan mitokondria paling banyak. Maka, level CoQ 10 paling tinggi di jantung. CoQ 10 membantu memperbaiki aliran tenaga di dalam mitokondria. Pesakit jantung yang mengambil coQ 10 sebagai suplemen harian didapati bertambah pulih kerana jantung mereka dapat mengepam dengan lebih kuat dan peredarn darah menjadi lebih baik.
Berita baik! CoQ10 tidak mempunyai kesan sampingan dan tidak berinteraksi dengan mana mana drug atau ubat. Kajian menunjukkan pesakit jantung yang mengambil CoQ 10 dalam diet mereka kurang menghabiskan masa mereka di hospital.
Dalam kajian awal CoQ 10, pesakit jantung diberi 30 mg coQ 10 sehari dan mereka bertambah pulih. Pada hari ini, dos yang biasa diberikan kepada pesakit jantung adalah antara 100 hingga 300 mg sehari.
Pesanan : Sila berjumpa dengan pakar perubatan sebelum mengambil keputusan untuk mencuba CoQ 10 sebagai alternatif ubat sakit jantung.
CoQ10 merendahkan tekanan darah
CoQ 10 boleh membantu merendahkan tekanan darah terutama bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi disebabkan oleh sakit jantung. CoQ 10 membantu jantung bekerja dengan lebih baik dan mengepam dengan lebih efesien, maka tekanan darah dapat dikurangkan.
CoQ 10 juga dapat membantu jika pesakit mengalami tekanan darah tinggi disebabkan hipertensi.Kebanyakan pesakit yang mengalami hipertensi adalah disebabkan oleh kekurangan CoQ 10.
CoQ 10 dan kolesterol
Kolesterol dihasilkan apabila LDL (kolesterol jahat) bertindakbalas dengan oksigen di dalam darah. CoQ 10 boleh membantu kolesterol daripada teroksida- maka ia menghalang kolesterol daripada menyumbat arteri.
Lain lain manfaat CoQ 10.
1) membantu dalam masalah kesuburan lelaki dan wanita.
2) membaiki imuniti badan - Level CoQ 10 akan berkurang apabila mendapat sakit serius. Mengambil CoQ10 boleh membantu memberi sistem imun satu lonjakan dan membantu badan menghasilkan lebih banyak antibodi.
3) Diabetes - CoQ 10 boleh membantu pesakit diabetik daripada mendapat komplikasi diabetik seperti sakit jantung. Ia juga boleh membantu mengurangkan level gula dalam darah.
4) Gingivitis (penyakit gusi) - Kebanyakan pesakit gingivitis mempunyai level CoQ 10 rendah. Pengambilan CoQ 10 bersama dengan penjagaan oral yang konsisten dapat membantu masalah ini.
5) Memperbaiki prestasi atlet sukan - Oleh kerana CoQ 10 merupakan bahan penting dalam menghasilkan tenaga, maka ramai atlet yang serius berminat dengannya.
6) Memperbaiki tenaga - CoQ 10 amat baik untuk mereka yang mempunyai masa bekerja yang panjang, orang orang tua, mereka yang baru pulih dari kanser, dan sindrom kepenatan melampau.
7) Merawat kanser - Terdapat kajian yang mengatakan dos CoQ 10 yang tinggi boleh membantutkan pertumbuhan sel tumor.
Sumber CoQ 10
Separuh daripada CoQ 10 yang terdapat dalam badan datangnya dari sumber makanan. Separuh lagi dihasilkan dalam hati. Sumber makanan yang mengandungi CoQ 10 yang banyak termasuklah ikan tuna, sardin, daging, minyak sayur seperti minyak kacang soya dan minyak canola, germa gandum, bran beras serta makanan berasaskan soya.
Untuk mendapatkan keperluan harian sebanyak 30 mg CoQ 10 , kita perlu makan 1 pound sardin atau 2 pound kacang tanah.
Untuk memudahkan, pengambilan suplemen CoQ 10 adalah digalakkan.
CoQ health plus Shaklee didatangkan dalam bentuk sistem emulsi minyak kacang soya yang membantu badan dalam proses penyerapan.
Dapatkan suplemen CoQ 10 anda daripada SID anda. Bulan ni ada promosi beli 6 percuma 1.
Hubungi saya untuk konsultasi.
"Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh no 1 di Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tingi menyebabkan kematian berbanding dengan penyakit kanser. Demikian menurut Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) pula menyatakan 37% kematian di Malaysia adalah berpunca daripada penyakit kardiovaskular. Pakar kesihatan berpendapat gejala tidak sihat ini boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang, mengambil supplemen yang berkualiti, senaman yang teratur, berhenti merokok dan berat badan ideal. CoQ10 merupakan salah satu supplemen yang amat penting untuk kesihatan jantung kita"
CoQHealth Plus Shaklee terdiri daripada campuran 28mg CoQ10, Vitamin E dan ekstrak teh hijau. Mlm ni saya nak kongsi mengenai CoQ10 sahaja.
Pada tahun 1957, para penyelidik telah menemui sesuatu dalam jantung lembu yang menjadi asas untuk membuat tenaga dalam sel hidup. Apabila dianalisa, didapati ia adalah Quinone (suatu kumpulan bahan yang terdapat dalam semua sel hidup haiwan dan tumbuhan yang menggunakan oksigen). Pada awalnya bahan tersebut dipanggil ubiquinone. (ubi- bermaksud dimana mana).
Struktur asas quinone agak berbeza diantara benda benda hidup. Dalam badan manusia, quinone terdiri daripada 10 unit di rantai sisi molekul molekul. Pada tahun 1960-an, para penyelidik mendapati yang ubiquinone dalam badan manusia merupakan coenzyme yang sangat penting, maka ia mula di panggil Co enzyme Q 10, atau ringkasnya CoQ10. Haa, itulah mulanya sejarah CoQ 10 ye...
CoQ10 (ubiquinone) merupakan coenzyme (bahan yang terdiri daripada ekor yang melekat pada suatu struktur enzyme yang kompleks. Tanpa coenzyme, tindakbalas enzime dalam sel tidak dapat berlaku.
CoQ10 bekerja di dalam mitokondria sel. Ia bertindak membekalkan tenaga untuk badan berfungsi.
Dalam satu proses yang rumit, CoQ10 bertindak dengan membawa partikel kecil bercas elektrik di dalam mitokondria di antara 3 enzyme penting yang diperlukan untuk menjana tenaga. Tanpa CoQ10, seluruh proses tak dapat dilakukan. Subhanallah, betapa besarnya keagungan Allah, bahan yang sekecil CoQ10 pun memainkan peranan yang sangat besar dalam tubuh manusia.
Bermula pada tahun 1970-an, negara Jepun telah menjadikan CoQ10 sebagai kajian dan penyelidikan mereka. Ia telah diterima sebagai rawatan untuk kegagalan jantung pada tahun 1974.
Pada hari ini, CoQ 10 merupakan suplemen yang kelima paling banyak di preskripsi di Jepun. Selain itu, Itali, Sweden, Denmark dan Kanada juga antara negara yang banyak mempreskripsi CoQ 10. Di Amerika Syarikat, ia tidak dianggap sebagai ubat kerana tiada kompeni ubat yangmenghasilkannya. Sebaliknya ia lebih dikenali sebagai suplemen.
CoQ 10 Untuk Jantung
CoQ 10 sangat membantu dalam beberapa jenis masalah berkaitan jantung. Dalam beberapa siri kajian, didapati CoQ 10 sangat membantu pesakit yang mengalami kegagalan jantung. Dalam tubuh manusia, jantung mempunyai bilangan mitokondria paling banyak. Maka, level CoQ 10 paling tinggi di jantung. CoQ 10 membantu memperbaiki aliran tenaga di dalam mitokondria. Pesakit jantung yang mengambil coQ 10 sebagai suplemen harian didapati bertambah pulih kerana jantung mereka dapat mengepam dengan lebih kuat dan peredarn darah menjadi lebih baik.
Berita baik! CoQ10 tidak mempunyai kesan sampingan dan tidak berinteraksi dengan mana mana drug atau ubat. Kajian menunjukkan pesakit jantung yang mengambil CoQ 10 dalam diet mereka kurang menghabiskan masa mereka di hospital.
Dalam kajian awal CoQ 10, pesakit jantung diberi 30 mg coQ 10 sehari dan mereka bertambah pulih. Pada hari ini, dos yang biasa diberikan kepada pesakit jantung adalah antara 100 hingga 300 mg sehari.
Pesanan : Sila berjumpa dengan pakar perubatan sebelum mengambil keputusan untuk mencuba CoQ 10 sebagai alternatif ubat sakit jantung.
CoQ10 merendahkan tekanan darah
CoQ 10 boleh membantu merendahkan tekanan darah terutama bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi disebabkan oleh sakit jantung. CoQ 10 membantu jantung bekerja dengan lebih baik dan mengepam dengan lebih efesien, maka tekanan darah dapat dikurangkan.
CoQ 10 juga dapat membantu jika pesakit mengalami tekanan darah tinggi disebabkan hipertensi.Kebanyakan pesakit yang mengalami hipertensi adalah disebabkan oleh kekurangan CoQ 10.
CoQ 10 dan kolesterol
Kolesterol dihasilkan apabila LDL (kolesterol jahat) bertindakbalas dengan oksigen di dalam darah. CoQ 10 boleh membantu kolesterol daripada teroksida- maka ia menghalang kolesterol daripada menyumbat arteri.
Lain lain manfaat CoQ 10.
1) membantu dalam masalah kesuburan lelaki dan wanita.
2) membaiki imuniti badan - Level CoQ 10 akan berkurang apabila mendapat sakit serius. Mengambil CoQ10 boleh membantu memberi sistem imun satu lonjakan dan membantu badan menghasilkan lebih banyak antibodi.
3) Diabetes - CoQ 10 boleh membantu pesakit diabetik daripada mendapat komplikasi diabetik seperti sakit jantung. Ia juga boleh membantu mengurangkan level gula dalam darah.
4) Gingivitis (penyakit gusi) - Kebanyakan pesakit gingivitis mempunyai level CoQ 10 rendah. Pengambilan CoQ 10 bersama dengan penjagaan oral yang konsisten dapat membantu masalah ini.
5) Memperbaiki prestasi atlet sukan - Oleh kerana CoQ 10 merupakan bahan penting dalam menghasilkan tenaga, maka ramai atlet yang serius berminat dengannya.
6) Memperbaiki tenaga - CoQ 10 amat baik untuk mereka yang mempunyai masa bekerja yang panjang, orang orang tua, mereka yang baru pulih dari kanser, dan sindrom kepenatan melampau.
7) Merawat kanser - Terdapat kajian yang mengatakan dos CoQ 10 yang tinggi boleh membantutkan pertumbuhan sel tumor.
Sumber CoQ 10
Separuh daripada CoQ 10 yang terdapat dalam badan datangnya dari sumber makanan. Separuh lagi dihasilkan dalam hati. Sumber makanan yang mengandungi CoQ 10 yang banyak termasuklah ikan tuna, sardin, daging, minyak sayur seperti minyak kacang soya dan minyak canola, germa gandum, bran beras serta makanan berasaskan soya.
Untuk mendapatkan keperluan harian sebanyak 30 mg CoQ 10 , kita perlu makan 1 pound sardin atau 2 pound kacang tanah.
Untuk memudahkan, pengambilan suplemen CoQ 10 adalah digalakkan.
CoQ health plus Shaklee didatangkan dalam bentuk sistem emulsi minyak kacang soya yang membantu badan dalam proses penyerapan.
Dapatkan suplemen CoQ 10 anda daripada SID anda. Bulan ni ada promosi beli 6 percuma 1.
Hubungi saya untuk konsultasi.
Comments
Post a Comment