Petua Untuk Mendapat Anak Soleh dan Cemerlang Dunia Akhirat.

Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Semoga Allah memelihara kita daripada melakukan dosa dosa besar. Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan izin Allah. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa agar Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada kita, moga kita semua akan kembali padaNYA dengan penuh ketenangan dan  kebahagiaan.

Setiap ibu bapa muslim mahukan zuriat yang soleh bagi menyambung legasi khalifah di muka bumi, disamping menjadi aset terpenting selepas mati di akhirat, selain menjadi penawar tawa duka ibu ayah di dunia. Alangkah beruntungnya yang memiliki anak soleh, alangkah berbahaginya mereka.. Lalu, bagaimana caranya untuk mendapat anak soleh idaman kalbu setiap yang bergelar ibu ayah.



Pertama, dimulakan dengan diri sendiri. Saya masih ingat di sekolah dulu, kakak senior berkata untuk jadi ibu yang baik, perlu mulakan 10 tahun lebih awal. Umur saya ketika itu 16 tahun. Bermakna, berkawin pada usia 24 atau 25 perlu kepada persediaan seawal usia 16 tahun. Mulakan dengan diri semdiri. Didik diri untuk patuh pada suruhan agama dan sentiasa cuba meninggalkan larangannya. Banyakkan berdoa kepada Allah, moga kita menjadi orang yang baik dan bertaqwa. Mohon supaya Allah ketemukan jodoh dengan pasangan yang beriman dan mampu membimbing kita ke arah jalan yang diredaiNYA. Amalkan membaca surah YaaSin ayat 36 yang membawa maksud " Maha Suci Allah yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi, dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui  ". Ini diajar oleh Dr Fatimah Az Zahra kepada ibu saya, dan ibu sampaikan pada saya.

Kedua, amalan semasa mengandung. Ibu ibu mengandung sangat perlu menjaga perbuatan, perkataan bahkan fikiran mereka dari perkara perkara negatif. Hanya fikir yang positif semata mata dalam apa jua tindakan. Kesannya sangat mendalam.  Amalkan membaca Al-Quran setiap hari, jika tak mampu banyak, cukuplah satu muka satu hari. Allah sayang dengan hamba yang melakukan amalan secara berterusan. Berdoalah selalu, supaya anak yang dikandung selamat, sihat, dan menjadi anak soleh, penyejuk ayah ibu. Doa ibu sangat mustajab, apalagi ibu yang sedang mengandung dengan segala jerih payahnya.

Ketiga, sebelum anak tidur, amalkan membaca surah al-fatihah, ayat kursi, dan surah To haa ayat 1-5 dan tiup ke ubun anak, niat supaya anak lembut hati. Bila hati lembut, senang kita bentuk dan corak ikut acuan Islam.

Keempat, didikan yang mantap tentang ilmu agama. Ilmu agama perlu diterap sejak awal kepada anak. Seawal anak telah mumaiyiz, kenalkan dia kepada suruhan dan larangan agama. Selalulah membaca Al Quran bersama, selain berpuasa Isnin Khamis bersama-sama. InsyaAllah, anak yang terdidik sejak kecil dengan ilmu agama, akan mudah mengikut perkara baik sepanjang meniti kehidupan terutama zaman remaja yang penuh dengan cabaran.



Kelima, terapkan pada anak, walau apa pun cita citanya, pastikan dia bersungguh sungguh dalam mencapai cita citanya. Jika ingin menjadi pakar bidang IT dan Grafik, pastikan menjadi Pakar yang sebenar benar pakar, yang tidak lupa menerapkan nilai agama dalam pekerjaannya. Apa jua pilihan anak, selagi tidak melanggar syariat, sokonglah dan bimbinglah dia.

Keenam, beli buku buku yang berinformasi dan bermanfaat sejak kecil. Jika boleh, wujudkan perpustakaan kecil dirumah. tidak perlu bilik. Cukup sekadar sebuah rak di ruang tamu, dengan buku buku ilmu. Anak anak akan terbiasa dengan budaya membaca bahan bacaan yang baik. Bawalah mereka ke pesta pesta buku, jika mampu, jadikan acara tahunan keluarga. Tidak salah melabur lebih sedikit untuk membeli buku buku di pesta buku yang baik. Secara personal, saya cadangkan pesta buku antarabangsa dan Big Bad Wolf.

Ketujuh, Jaga solatnya. Pantau solat anak seawal dia mumaiyiz. Seperti sabda nabi, suruhlah anak anak kamu solat pada usia tujuh tahun, dan pukul mereka pada usia 10 tahun jika tidak solat. Saya telah melihatnya pada anak anak saudara yang dididik tentang solat sejak awal. Seawal mereka tadika, mereka diangkat dari tidur untuk bangun solat subuh, dan tidak boleh tidur sebelum solat Isyak. Dan mereka adalah orang yang cemerlang, dari segi aspek dunia dan akhirat. Penekanan aspek solat sangat penting dalam didikan kecemerlangan anak dunia dan akhirat.

Kelapan, Jika ada anak lelaki, ajar dia untuk solat bersama ayah di masjid. Ajak keluarga bersama mendengar kuliyah dan ceramah agama. Jika tak berkesempatan, di internet dan You tube, terlalu banyak rakaman video dari ustaz ustaz hebat, pilihlah siapa yang berkenan.

Kesembilan, jangan terlalu mengajar anak dengan kemewahan. Sekali sekala, tolak permintaan anak. Terutama yang berkaitan material dan tidak begitu bermanfaat. Ajar dia yang bukan mudah untuk mendapat wang. Boleh wujudkan tabung infak di rumah. Ajar anak bersedekah di masjid, malahan pada yang meminta di pasar pasar.

Petua kesepuluh, sentiasa ingatkan anak, walau bagaimana pun kehidupan di dunia ini, hidup di akhirat lebih bermakna dan lebih patut dicari berbanding kehidupan dunia yang sangat singkat.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat bagi yang membacanya. Saya minta berlindung dari Allah berkata benda yang tidak diamalkan.




** Peringatan ini saya tujukan khas buat diri sendiri, dengan seorang anak kecil yang perlu bimbingan ibu yang solehah. Entri ini hanya sekadar pengalaman penulis.

Comments

  1. artikel yang bagus, keep on tulis artikel camni lai :))

    ReplyDelete
  2. InshaAllah bermanfaat pd semua. Trm kasih =)

    ReplyDelete
  3. terbaik.... adikku. Ilmu yg sgt bermanfaat apabila ia diamalkan dan dikongsi bersama yg lain.

    ReplyDelete
  4. Izinkan saya share ya puan :)

    ReplyDelete
  5. Artikel yg bermanfaat, colek member www.penuliscilik.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Cod Liver Oil Vs Fish Oil ? Mana satu menjadi pilihan?