Big Bad Wolf 2012 : A novice experience

Assalamualaikum to my lovely readers. hehe, lambatnye tulis pasal Big Bad Wolf 2012. Saja nak berkongsi pengalaman, huhu, walaupun, dh banyak yang dh lupe..

Sayangnya, saya tak boleh nak berkongsi gambar sbb dah kene delete dgn husband dari hp dia. huwaaa. I pakai babywearing lagi masa tu tau..huhu (I was wearing moby wrap)

Dah tak ingat buat bila tapi bila check balik laman web big bad wolf, sekitar disember 2012 (to be exact, 7-23 dis) di the mines.

Seingatnya haritu hujan n kami bertolak dari Puchong dalam tengahari. Hubby saja nak rai sbb dia tak minat sangat ekspo ekspo ni. Tapi tak sangka dia sukee pulak akhirnya (bila balik saya tanya dia kata "best jugak!"-lebih kurang cmtu la ayat dia.

Bila sampai di Mines, orang tak brapa ramai. Mungkin sebab dewan yang digunakan besar kot..(Convention centre mines). Alhamdulillah, ni kali kedua pegi lepas Big Bad Wolf Aftermath pada nov 2011 di south city plaza.

Wahh, tak sangka banyaknyeee bukuu. Rambang mata saya. Saya suka kumpul buku walaupun jaranggg sangat satu satu buku yang saya baca habis. huhu.. Tapi, mungkin ni pemangkin untuk saya.. Tak salah kan kita ada book collections. 

Masuk je, saya dah ada arah tuju.. terus ke kids n baby collections (lebih kurang la, x ingat dah). Nak cari buku for my 6 month baby girl. hehe.. Bestnyee, banyak sangat buku untuk baby. At last saya pilih beberapa buku yang saya rasakan sesuai for my sweetie pie. Buku kulit keras semuanya (baby la katakan, mesti nak gigit gigit punya buku tu kan hehe. Pasal kucing, arnab n pasal lambs. Haa satu lagi pasal teddy bear. Ni lah keaadan buku buku tu pada hari ni. hehe. 









Perhatikan, buku yang paling lunyai (ada ke istilah ni)ialah buku kucing n arnab.. 2 lagi tu macam baru n tak bersentuh pun. Memang Humaira sukeee sangat buku kucing tu. Gambar terang, jelas, memang nampak kata tu kucing (bukan cartoons).. Suka tau kacau ibu buat keje kat lappy ni, suruh bacakan (she's now 14 months, alhamd).


Sebenarnya ia satu pengalaman buat saya .. bila nak beli buku untuk baby, sila pilih buku yang terang, jelas warnanya, bukan warna pastel macm buku lambs n teddy bear kat atas tu. Walaupun ibu dia suke warna pastel, sila jangan aplikasikan pada anak yang berusia setahun ke bawah hahaha...



Itu je ke saya beli kat Big Bad Wolf. Huh, tak berbaloi dengan minyak keta tau. (atau ngv.. hehe keta husband i pakai ngv u, tak, ada lagi.. untuk diri sendiri. hehe


Mesti u olss ingat I beli buku masak ke, I kan suri rumah.. Atau buku menjahit ke (Untuk pengetahuan, saya hanya pandai menggunakan mesin jahit pada umur 31, itupun setelah dipaksa oleh mama I, sebab nak jahit seluar Humaira yang terkoyak. Jahitan lurus je yang pandai, hahaha tak senonoh kan).. Atau buku kraftangan ke? (I keras tangan, tak boleh nak berkraftangan hehe)


Semua tanggapan tu meleset ye. Sebenarnya, saya beli koleksi buku Enid Blyton. (The faraway Tree series). Eh, untuk sapa u beli tu, anak u kan kecik lagi. haha, ibu dia yang nak baca. 


Sebenarnya, to be truthful, Enid Blyton is one of my favorite writer of all time. I started reading her books at the age of 11. (a bit late actually to start reading her books, but it turns out that she is the one who made me a better english writer, if not the best ...huhuhuhuhu, perasannnya saya. My older sis, Safinaz is the one who introduce me to her. Thank you kakak busukk . Lapp u hehe.


Ok, back to our entry : Big bad wolf. I had a good bargains for the books (5 book in the series). It costs me RM45. Only RM9 for each book. After all, BBW event is THE place to get good bargains you're looking for. 



From what I remember, (samar samar ye), ada buku pasal architecture, arts, computer, fictions story books, Science fiction, non-fiction, cooking books, craft books, kids n toddler books, romance story book (huhu), medical books, magazines of all kinds, just to name a few, etc etc..

And the deals Wowww.. 75%-95% discounts on all books. Can u imagine, huhu. For book lovers, BBW is heaven..


Ok, back to our purchases at BBW. Yang paling tak di sangka sangka, orang yang dapat the best deals for the day is my hubby hhehehe. Dia dapat 2 sets of interactive vcd n books for Humaira,
Ni dia bukunya n CDnya, sayang, CD cuma tinggal 1, sbb keciciran masa pindah dari Puchong ke Bertam.








Saya bukan cakap pasal harga, sebab memang hubby dapat harga runtuh .. (dia kata biasanya kat sekolah, jual dalam ratus ratus, tapi dia dapat dlm RM25 jeee. hehe. Best kan BBW. 



Yang nak cakap ialah, MY BABY SANGAT SUKAAA DGN VCD VCD tu. hehe. Masa kami masih di Puchong, bukak je vcd tu n saya boleh kemas rumah n masak dengan amann sekali. (Humaira adalah seorang budak yang fussy).


Ok .. tu je kot nak cite pasal BBW. T.kasih kerana menghabiskan pembacaan anda. huhu, perasan je kan? :-)










Comments

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Cod Liver Oil Vs Fish Oil ? Mana satu menjadi pilihan?