KEPENTINGAN SUPPLEMEN

(credit to zulaili md shalleh-my other biz partner)



Ramai yang masih menganggap supplemen tidak penting. Makanan sahaja sudah mencukupi untuk kekal sihat.

Disini disenaraikan secara ringkas kepentingan pengambilan supplemen:

1. Makanan diangkut daripada tempat yang jauh dan disimpan untuk tempoh yang lama, ini menyebabkan kehilangan vitamin penting seperti vitamin C dan B kompleks

2. Cara memasak, menyimpan dan penyediaan menyebabkan kehilangan nutrien penting

3. Kebanyakan sayur dan buah ditanam dengan kaedah moden dan telah diubah (genetically bred), jadi khasiat asal sudah tiada/hilang 

4. Cara makanan dan stress juga boleh mengganggu proses penghadaman dan penyerapan nutrien yang diperlukan

5. Peningkatan usia juga menyumbang kepada keperluan nutrien yang lebih banyak berbanding sewaktu muda

6. Keadaan tertentu juga memerlukan nutrien yang lebih banyak berbanding keadaan biasa. Contohnya wanita hamil, menyusu, dan dalam fasa menapouse.

7. Pencemaran juga menyumbang kepada kekurangan vitamin terutamanya vitamin A, C dan E yang sangat penting untuk antioksida

8. Faktor genetik juga menunjukkan individu tertentu memerlukan lebih nutrien berbanding orang lain

9. Supplemen juga menunjukkan penyembuhan kepada sesetengah penyakit seperti darah tinggi, tinggi kolesterol, kanser, arthritis, dan penyakit kulit

10. Usia yang meningkat juga mengurangkan penghasilan nutrien semulajadi oleh badan seperti kolagen dan sel darah. Supplemen sangat diperlukan

Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mengalami masalah kesihatan serius sebelum menggunakan apa-apa supplemen.

Bagi yang sihat, amalan pengambilan supplemen boleh mencegah masalah kesihatan yang rumit pada masa akan datang. 

Comments

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Cod Liver Oil Vs Fish Oil ? Mana satu menjadi pilihan?