Kepentingan B complex dan Zinc semasa mengandung dan selepas melahirkan

Entry ini ditulis [ditaip (✿◠‿◠)] khas untuk ibu ibu yang baru melahirkan cahaya mata tersayang dan  bakal melahirkan zuriat tercinta.


B-kompleks

B-kompleks merupakan gabungan Vitamin B yang terdiri daripada B1, B2, B3, B5, B6, B12 termasuklah asid folik dan biotin. Ia membekalkan tenaga segera yang penting untuk ibu ibu yang menyusukan bayi terutama dalam tempoh berpantang. Penting juga bagi bakal ibu untuk mendapatkan vitamin ini bagi mendapatkan semula tenaga yang hilang.

Ibu ibu yang berpantang dan bakal melahirkan biasanya akan mengalami tekanan (stress) akibat daripada tidur yang tidak cukup, badan dan fizikal yang belum sembuh dengan sempurna, keletihan melayan anak anak yang lain (selain bayi yang baru dilahirkan), dan tidak kurang juga terpaksa menguruskan rumahtangga bersendirian tanpa jagaan orang lain. Penyusuan juga merupakan punca stress kepada ramai ibu muda yang belum ada pengalaman dalam bidang yang memerlukan kesabaran pada tahap paling tinggi. Jawapan kepada masalah stress ini ada pada B-kompleks. Ia telah terbukti mampu melawan tekanan/stress.

Asid folik yang terdapat dalam B-kompleks pula amat penting buat wanita mengandung. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang. 

Selain daripada kebaikan di atas, B-kompleks terbukti mampu mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi badan selain meningkatkan fungsi otak, membaiki masalah rambut gugur (yang biasa dihadapi oleh wanita selepas bersalin) baik untuk fungsi mata, meredakan senggugut (pada saya, kata kata senggugut akan hilang selepas melahirkan adalah satu mitos- saya ada bukti hidup ([ive evidence] jika anda ragu ragu) dan menggalakkan kesihatan jantung. 


Zinc

Pengambilan zinc dalam diet harian amat penting terutamanya bagi wanita yang melahirkan. Ia mampu
mempercepatkan pemulihan luka (samada bersalin normal atau pembedahan, meningkatkan sistem
imun dan membantu masalah keguguran rambut. 

Dapatkan supplemen Zinc dan B-kompleks anda daripada Shaklee, jenama yang boleh dipercayai.















Hubungi saya untuk keterangan lanjut.





Comments

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Cod Liver Oil Vs Fish Oil ? Mana satu menjadi pilihan?