Alfalfa Shaklee, Superfood yang Kalahkan Kacip Fatimah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana keadaan iman kita hari ini, semoga iman kita senantiasa bertambah dari hari ke hari. Sempena promosi alfalfa pada bulan Januari 2014, saya ingin berkongsi cerita tentang alfalfa. Sejarah, khasiat, perbezaan alfalfa Shaklee dengan yang lain, dan betul ke alfalfa Shaklee kalahkan kacip fatimah. SEJARAH AWAL ALFALFA Kisah alfalfa bermula lebih 5000 tahun dahulu di Middle East (Timur Tengah), apabila komuniti Arab memberikan alfalfa kepada kuda mereka sebagai makanan. Apa yang dapat mereka perhatikan, kuda yang diberi alfalfa, lebih tangkas dan cergas. Akhirnya, bangsa Arab telah mencuba sendiri alfalfa dan mendapati kesannya sangat menakjubkan! Mula dikenali dengan ‘al-fash fash’ dengan makna ‘bapa segala tumbuhan’ di Timur Tengah, ia kemudiannya diperkenalkan ke seluruh dunia sebagai sumber nutrien yang hebat. Di Sepanyol, namanya diolah menjadi ‘alfalfa’ yang kekal hingga hari ini. Alfalfa dikenali d...