12 Manfaat Bawang putih untuk kesihatan.
Assalamualaikum. Usaha yang mantap, doa yang berterusan, tawakal 100% kepada Allah, dalam apa kerja tindakan kita seharian, insyaAllah, kita akan dapat apa yang kita mahu, yang penting ikut sunnatullah dan jangan lupa syariatullah. Kalau tak dunia, akhirat kan ada? Ikhlas beramal, dan sentiasa mengharap rahmat Allah. Itu kuncinya. Saya nak berkongsi 12 manfaat Bawang putih (garlic) untuk kesihatan, atau nama saintifiknya, Allium sativum, yang merupakan keluarga bawang besar, bawang merah, kucai dan daun bawang. Sejarah peradaban manusia menunjukkan bawang putih mula digunakan 7000 tahun dahulu. Bawang putih telah digunakan sebagai makanan dan agen kesihatan sejak ribuan tahun dahulu. Orang Asli Amerika menggunakan bawang putih sebagai ekspektoran untuk batuk. Dalam perang dunia I dan II, bawang putih digunakan sebagai antiseptik bagi menghalang pembentukan gangrene. Antara yang menyebut tentang bawang putih ialah Hippocrates yang pernah menyebut yang bawang puti...