Barang Nak Bawa Bersalin di Hospital

Barang Nak Bawa Bersalin di Hospital


Perkongsian yang baik dari ibu muda Puan Uni. Selamat membaca,,


Apa barang yang perlu dibawa ke hospital?

Yang paling penting adalah :
  • Kad checkup pregnant bulanan
  • IC
  • File plastik berketip - isi semua dokumen berkaitan i.e. kad checkup pregnant bulanan, bil/resit hospital, borang-borang tertentu etc. Nanti dah buat surat beranak baby dan kad perkembangan baby (yang nurse datang cek kat rumah tu) pun simpan semua dalam file ni. Lepas kita dah habis pantang, barulah buat proper filing. 
  • Handbeg - biar suami yang pegang
  • Handphone - untuk memudahkan calling ahli keluarga

Dan kat bawah ni juga antara barang yang penting. Saya senaraikan ikut kategori ye.

1) Barang mommy & baby in labour room
2) Barang baby kat wad
3) Barang mommy kat wad
4) Bakul

Ok jom kite tengok satu-satu.






1) Barang mommy & baby in labour room

Berdasarkan pengalaman saya, apabila saya dah dimasukkan ke dalam labour room, my hubby masih lagi perlu menunggu di satu ruang menunggu kat luar yang dikhaskan untuk untuk suami / ibu bapa.

Apabila saya dah masuk ke fasa aktif, nurse panggil suami saya dan suruh standby baju untuk sambut baby. So untuk bersalin kali kedua ni, saya dah asingkan siap-siap baju baby dalam satu plastik. Jadi bila nurse mintak, senang my hubby terus keluarkan baju tu daripada plastik. Tak payah susah-susah nak cari baju dalam beg besar tu. So ini dia barang yang perlu disediakan bila nurse mintak :
  • Baju L/S (1 pasang) 
  • Mitten and booties (1 pasang)
  • Pampers (1 pc)
  • Barut (1 helai)
  • Bedung (1 helai)

Untuk saya, saya perlukan tuala kecil (hand towel) dan sepasang stokin untuk dipakai. Tuala untuk gigit time sakit contraction dan stokin sebab tak tahan sejuk aircond.


2) Barang baby kat wad

Lepas bersalin, mommy dan baby akan ditempatkan di dalam wad dulu dan tak boleh terus balik ke rumah. Macam saya, saya bersalin dulu pada pukul 3.34 am hari Ahad dan hanya boleh balik ke rumah pada hari Isnin tengahari, sebab masa tu Haziq dah boleh menyusu dan poo poo, tapi belum pee pee lagi. So apabila kite dok kat wad, kite kene jaga anak, bf dia, mandikan (nurse yang buat), tapi selain daripada tu kite kene handle sendiri. So kat bawah ni senarai barang baby yang mesti dibawa sekali ke hospital.
  • Diapers (20 pcs) - saya suka bawak lebih, lebih takper tapi jangan sampai tak cukup
  • Baju S/S dan seluar (5 pasang) - ini untuk pakai di siang hari
  • Baju L/S dan seluar (4 pasang) - ini untuk pakai di malam hari
  • Tuala mandi (1 helai)
  • Toilettries baby - mandian, minyak telon, nappy cream, losyen, baby oil, bedak
  • Tuala kecil (3 helai) - untuk kesat air liur baby, kesat mulut lepas bf dan lain-lain
  • Mitten & booties / stokin (5 pasang)
  • Wet wipes (2 peket) dan cot sheet (1 pc) - wet wipes untuk bersihkan private part baby dan cot sheet untuk alas badan baby masa nak gantikan pampers
  • Barut (4 helai)
  • Bedung (3 helai) - kalau nak jimat, boleh guna kain lampin sebagai bedung. In fact kain lampin lebih praktikal sebab kain lampin lebih lembut dari blanket yang digunakan sebagai bedung tu, jadi senang nak ikat / simpulkan kat bahagian kaki baby
  • Topi / penutup kepala (2 helai) - pakaikan kat baby masa nak keluar hospital nanti

3) Barang mommy di wad
  • T-shirt (3 helai)
  • Sweater (kat HSI saya dok kat wad kelas 3 je, takde aircond, cuma kipas, tapi pada saya itu pun dah cukup sejuk, jadi saya memang perlukan sweater)
  • Tudung (2 helai)
  • Kain batik (3 helai)
  • Nursing bra (2 helai)
  • Stokin (2 pasang) 
  • Disposable panty (5 helai) - tapi saya bawak lebih 
  • Maternity pad (1 peket ada 20 pcs)
  • Tuala mandi (1 helai)
  • Toilettries
  • Selipar

4) Bakul
  • Air masak
  • Air zamzam
  • Air selusuh
  • Cawan dan sudu
  • Milo peket
  • Nestum peket
  • Biskut lemak
  • Termos - air panas nanti mintak je kat nurse
  • Tisu kotak

Dan jangan lupa bawa plastik untuk isi baju kotor ye.

I'm ready!
Itulah dia barang-barang yang saya dah siapkan untuk pergi bersalin. Lebih kurang sama je masa lahirkan Haziq dulu, cuma kali ni lebih rapi sikit, almaklumlah dah ada pengalaman kan. Saya harap senarai ni boleh dijadikan panduan untuk first time mommies to be. :)


Remarks :
L/S - long sleeve
S/S - short sleeve

sumber : SINI

Comments

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Cod Liver Oil Vs Fish Oil ? Mana satu menjadi pilihan?