Apakah asid lemak Omega 3 dan fungsinya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena bulan promosi Omega Guard, mari kita berkenalan dengan komponen utama dalam suplemen terbaik ini.




Apakah itu Asid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah  keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ia tidak disintesis oleh badan kita dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.






• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.


Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?

• Pengambilan Omega 3  yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.
• Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi.  Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.

sumber : http://health.mylaunchpad.com.my

Comments

Popular posts from this blog

18 Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee

Cara merawat chicken pox / cacar air bayi

Cod Liver Oil Vs Fish Oil ? Mana satu menjadi pilihan?